Home Ads

Wednesday, February 28, 2018

Hidup

Oleh : Over Drive


Bab 0 - Salam Pengenalan


“Dalam dunia ini ramai yang berlakon dan menyembungi kebernaran ,aku sudah bosan hidup dengan orang macam ini.”Kata-kata yang ini sering bermain dalam hatiku.

Seperti biasa aku bangun untuk ke sekolah tetapi kali ini berbeza sedikit kerana hari ini hari pertama aku menjejakan kaki ke era sekolah menengah.Yang merupakan hari penting bagi sesetengah orang tetapi bukan aku,orang yang telah bosan dengan dunia hipokrit ini.

Sampai aku ke sekolah aku mencari kelasku. Aku disambut kesekolah itu dengan renungan yang tidak menyenangkan dan mendengar bisikan bisikan yang merupakan mainan syaitan.Tetapi malangnya diriku tidak merasakan apa-apa.

Aku masuk kelas, tanpa memandang kekiri dan kekanan dan mengambil tempat duduk di bucu belakang bersebelahan dengan tingkap.

“Ringggggggggggggggg” lonceng kelas pertama membangunkan aku dari tidur ku .Apabila aku menoleh ke kanan dan depan aku tiada yang berani duduk berhampiran aku.

Tiba-tiba masuk seorang wanita yang memukau mata semua pelajar lelaki dalam kelas itu. Wanita itu memperkenalkan dirinya Cikgu Riana yang merupakan guru kelas kami.

Semasa proses pengenalan diri ,pada waktu giliran aku,aku terfikir untuk mengabaikannya tetapi mata Cikgu Riana yang naïf itu membuatkan aku memaksa diriku

“Nama saya Takamoto Ryuhei,harap dapat berkejasama sepanjang tahun”selepas itu aku terus duduk dan ramai pelajar menjadi gelisah.Cikgu Riana menjadi bingung dan menyuruh orang seterusya untuk memperkenalkan diri.

Kehidupan aku di sekolah seperti biasa ,duduk di dalam kelas mendengar rintihan penat lelah guru mengajar,makan bekal yang aku bawa di bumbung sekolah yang dijadikan kebun yang telah lama ditinggalkan dan menjadi semak samun kerna tiada lagi kelab BUMI HIJAU di sekolah itu dan balik rumah cepat kerana aku tidak memasuki mana-mana kelab. Itulah kehidupan awal persekolahan aku sehinggalah……………

Bersambung..


Author Image

Over Drive
Biasa kita dengar "Indah Khabar Dari Rupa" tapi macamana kalau "Indah Rupa Dari Khabar". Hayatilah kehidupan insan ini agar dapat dijadikan teladan

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas