Home Ads

Saturday, October 7, 2017

My Life

Oleh : Emily Lyime


Di Pagi Yang Indah Sangat!


Namaku Najwa, panggil Najwa. Jangan memandai-mandai nak pendekkan namaku, tak bermaksud jadinya.

Okay! Hari ini, hari pertama aku jadi pelajar sekolah menengah! Yay! Sudah lama aku impikan untuk bersekolah dengan abang aku. Akhirnya! Impian aku jadi kenyataan! Fangirl kejab.

Sekarang ni, aku tengah berperang dengan tudung aku, yang tak mahu bentuk ni! 30 minit aku hadap cermin, 30 minit! Kalaulah cermin ni boleh gerak, diketuknya kepalaku pakai novel Harry Potter sampai lebam.

5.30 pagi aku bangun. Awal giler! Excited la katakan. Mandi, iron seragam sekolah then solat subuh. Tak lupa juga check beg galas aku. Apa sangat yang ada dalam tu, pencil box je. Buku teks? Sekarang dah maju wei! Sistem pembelajaran pakai i-Pad, nota download je, tak perlu salin. Lenguh!

Pencil box tu? Aku bawa je, bajet pelajar baik. Okay, berbalik pada masalah aku, tudung tak nak bentuk! Aku sarung tudung pukul 6, sempat kerling jam dinding.

Aku tarik, aku lipat, aku cabut lepastu aku sarungkan balik tudung tu. Langkah diulang sampai pukul 6.30 pagi!

"Aku bako jugak tudung ni! "Aku rentap tudungku, kasar.

Habis mood aku! Semangat nak ke sekolah musnah macam tu je! Punca masalah, tudung! Tupai yang sedap tidur pasti terkejut dengar aku mengamuk. Eh~ada aku kisah! Tengah serabut ni! Tupai apa tau!

"Wahai tudung yang baik lagi menawan, be nice with me, okay. Kalau tak, aku bako nanti. Takut kena bako kan? So, be nice, okay? "Sambil aku iron, aku berceramah dekat tudung aku, biar insaf sikit.

Dengan semangat baru, ku sarungkan tudung yang baru siap ku iron. Panas suam kurasa.

"Kali ni pasti jadi"desisku. 

Pukul 7 pagi...

"Ibu, mana pemetik api?"

"Adik nak bakar apa pepagi ni?"

"Nak bako tudung yang tak dengar kata!"

R. I. P. Tudung.


Author Image

Emily Lyime
Saya masih merangkak dalam menulis. Segala kesilapan amat dikesali. Hope you guys enjoy my story.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas