Home Ads

Thursday, March 2, 2017

Melankolia

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 4 - Rindu


Lari punya lari, rupanya dah seminggu jugak lah aku tak ke penthouse tu. Ya, ruang rooftop tu aku panggil penthouse. Aku takut kalau aku pergi nanti, terserempak pulak dengan Amir. Entah kenapa aku tak suka si Amir dengan sikap dia yang banyak bertanya. Soalan dia semuanya bersahaja tapi berbisa. Entah kenapa sangat berbisa bila aku dengar.

Stop jap lah kat hipster cafe ni. Fikir pasal Amir ni buat aku haus lah pulak. Memang tak boleh blah bila elok je aku nak masuk cafe ni aku terserempak dengan Amir. Potong stim betul lah!.

"Asalammualaikum, Azalia!", sapa si Amir. Belum sempat aku nak jawab salam, dia sambung lagi, "ni Am lah! Tak ingat dah ke?". Aku dari tadi macam malas nak layan terus rasa serba salah kalau nak buat tak kenal. Aku pun jawab salam dia dan berkata, "Lia ingat lah! Lama tak nampak? Sihat?". Muka Amir ni tak lekang dengan senyuman. "Am sihat je. Lia ok tak?", tanya Amir. Aku mengangguk tanda aku juga baik-baik sahaja. "Lia nak minum kat sini ke? Jom, Am kenal owner dia", pelawa Amir. Aku pulak memang sejenis manusia yang benci makan sorang-sorang, makanya aku accept lah pelawaan si Amir..

Nama pun cafe hipster, nama menu pun pelik-pelik lah. Aku order rose ole (sebut: rosae olae) dengan banana in blanket. Rasanya? Sirap bandung dengan lepat pisang. HAHAHAHAHA si Amir pulak cuma order bronze milkyway yakni teh ais..

"Lia masih menulis ka?", tanya Am membuka bicara. Aku perasan yang Am ni ade slang utara sikit-sikit. "A'ah masih menulis gitu-gitu je. Am ni orang Kedah ke?", aku bertanya pula. "Tak lah, Am orang sini cuma housemates memang dak dak utara", balas Am. "Am bunyi utara ka bila bercakap?", tanya Am lagi. "Tak de lah sangat cuma tang hujung-hujung tu macam ade slang utara", jawab aku ringkas..

"Lia dah move on?", pertanyaan Am buat aku tersentak. "Eh, memang Lia dah lama move on dah, kenapa Am tanya?", dalam bingung aku bertanya. "Saja lah nak tanya sebab kot-kot nak bunuh diri lagi", Am berseloroh. Aku ketawa. Persoalan seterusnya buat aku tersentap tapi aku buat-buat OK. "Apa perkembangan terbaru ex Lia?". "Perkembangan terbaru?", terdetik aku dalam hati. "Entah, last Lia check si Fik tu tengah bercuti dengan Ezra kat Lombok", jawab aku bersahaja. "Bila last Lia check?", soalan Amir ni merupakan perangkap. Entah kenapa aku ter-berlaku jujur dan menjawab, "Last Lia check pagi tadi"..

Amir tersenyum sinis. Aku rasa tak selesa sebab dia dah caught aku off-guard yang aku belum move on. "Lia masih ada dia di fb?", Amir terus menerus bertanya macam polis pencen.  "Ye lah, dah putus tak bererti tak boleh berkawan", aku menjawab. "Bila last korang lepak chill sekali?", tanya Am. Teragak-agak aku nak jawab tapi masih lagi dengan jujur aku menjawab, "last kami keluar sekali, lima tahun lepas". Amir mengangguk..

"Kenapa Am tanya?", giliran aku pula menyoal. "Am saja ja nak tanya. Curious.", jawabnya bersahaja. Aku tak puas hati. "Curios?", aku terus bertanya. "Am memang selalu fascinated dengan cara orang get over a broken heart. Tu ja", jawabnya. "Am tak pernah putus cinta ke?", aku bertanya. "Pernah lah! Ingat Am tak laku ke hape?", jawabnya berseloroh. Dah lama aku tak ketawa aku rasa. Ke aku mudah terhibur dengan Amir ni? "Then? Am senang move on?", tanya aku. Kali ni aku betul-betul nak tahu..

"Move on je lah! Buat apa nak hidup dalam kenangan? Buat ape nak sekaa diri?", jawab Amir bersahaja. "Am tak sedih ke?", aku tanya lagi. "Am sedih! Jujur Am cakap memang Am sedih tapi  Am sedar yang Am tak boleh buat apa, orang dah tak nak!", jawabnya rasional. "Am tak rasa kosong?", lagi aku tanya. "rasa!", jawabnya ringkas. "Am tak rindu bercinta? Dicinta?", aku tanya lagi. "Tak", jawabnya masih lagi ringkas. "Pasti?", aku masih tak puas hati dengan jawapan Amir. "Am tak tipu, Am tak rindu pun", jawabnya penuh confident..

"Am tak rasa sakit ke kena tinggal? Tahu tak bila dah bertahun-tahun Lia jaga relationship tu tak nak retak. Last-last, Lia kena tinggal. Kalau Lia salah, Lia terima tapi Lia kena tinggal hanya sebab Lia bukan jenis yang ikut sampai ke dalam selimut. Salah sangat ke Lia jaga diri? Bukan untuk orang lain, untuk dia jugak!!", panjang lebar aku bersuara. Nafas mula tersekat-sekat. "Am tau tak, Lia sumpah takde orang lain! Tak pernah wujud perasaan untuk orang lain! Hati Lia hanya untuk dia. Kenapa sanggup dia buat Lia macam ni? Lia tak cukup bagus untuk dia?", sambung aku lagi..

Amir hanya diam membisu. Aku sambung lagi, "Lia bila cinta, Lia buat seikhlas hati tau. Lia bukan harap bulan bintang bagai, Lia cuma harap dia jujur and setia je", aku macam dah tak boleh berhenti. Sambil air mata aku mengalir, aku bercakap lagi, "Lia bukan tak rational. Lia tahu kemungkinan untuk cinta tak kesampaian tu ada tapi bukan lah sebab dia curang memperbodohkan Lia"..

Amir kesat air mata aku dengan jari dia. Turun naik dada aku dok ikut nafas aku yang teresak-esak. Entah kenapa aku memang susah nak kawal emosi bila bercerita pasal Fikri. "Lia cakap Lia dah move on, tapi Lia still search dia kat fb", Amir mula menganalisa keadaan aku. "Lia cakap Lia dah move on tapi setiap kali Lia nak pergi mana-mana Lia mesti nak text dia", Amir terus bercakap. "Lia cakap Lia dah move on tapi Lia still nangis cerita pasal dia and bila Lia cerita tu seolah-olah benda baru berlaku semalam tapi tak Lia, benda tu dah berlaku sepuluh tahun lepas Lia", sambungnya lagi. "Sepuluh tahun dah Lia", bisik Amir. Aku nangis lagi. "Lia rindu dia sangat-sangat, Am", aku mencelah dan kali ini, air mata aku berjujuran. "Am tahu Lia sakit, Am tahu Lia rindu tapi demi apa Lia?", pertanyaan Amir tu aku tak mampu nak jawab..

"Lia, jujur Am cakap eh. Lia bukan tak boleh move on. Lia choose not too. Lia lebih rela raih simpati dunia seolah-olah Lia teraniaya", DAS! Berdesing telinga aku dengar. "Lia, sebenarnya you geram kat diri sendiri. You rasa bodoh boleh ditipu bulat-bulat sebegitu sekali kan?", tanya Amir. Aku tak rasa aku perlu jawab sebab entah kenapa Amir ni macam tahu isi hati aku yang aku sorok dalam sedalam-dalamnya. "Lia, dalam hidup ni tak salah untuk sedih, tapi tak salah untuk kita cari kebahagiaan. Buat apa sekat kebahagiaan diri?", panjang lebar Amir bersyarah. "Lia, awak dah terlalu selesa duduk dalam dunia cinta tak kesampaian sampai awak lupa yang hati awak tu dah lama boleh awak rawat luka dia kalau awak berhenti salahkan diri and salahkan takdir dan salahkan Fikri", sambungnya lagi.+.

Bab 3
Author Image

Abraham Yusoff
Kali pertama hantar karya dekat sini. Harap dapat sambutan. Bolehlah teruskan lagi menulis lepas ni. Enjoy. :)

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas