Home Ads

Wednesday, February 8, 2017

Kebahagiaan

Oleh : Kakemama


Episod 2 : Kenangan Manis atau Pahit?


“ Tunggu,” kelihatan tangan yang di hiasi indah dengan kilauan membetulkan kasutnya. Rambut di betulkan dan memerhati gelagat Pujaan hatinya , “ Lambat tinggal ,” Allen terus mengusap kepala Merlisa seketika dan terus berjalan bersama.

Sekolah Menengah Rendah A

“ Korang Nampak tak tadi, Ketua Pelajar kita tu tengah hangat bercinta dengan Naib Ketua Pelajar sekolah kita sekarang nie,” perbualan rakan sekelas Merlisa di dengari sehingga ke telinga Merlisa sendiri setelah tibanya Merlisa di meja belajar. Merlisa mampu tersenyum mendengar cerita gossip yang makin berleluasa.

Rehat untuk loceng pertama berbunyi. Merlisa serta merta menaiki tangga dan membuka Pintu. “ Ohhhh, dah sampai dulu ke,” Merlisa memaparkan senyuman kepada Allen. Allen membalas dengan muka yang serius dan memandang Merlisa , “ Allen tak bebankan merlisa ke?,” Allen terus membetulkan bajunya sambil duduk di bangku yang tersedia. Merlisa menghulur makanannya kepada Allen, “ Nope, tak pun. Kenapa? Adakah sebab gossip yang hangat tu?,” Merlisa memandang Allen. Allen membalas pandangan tersebut dan serta merta menyuap makanan ke dalam mulut Merlisa, “ Okay,” Merlisa terus ketawa dengan riang.

Namun ketawa riangnnya berakhir dengan suatu kejadian yang tak di duga. “ Allen?,” Merlisa membuka pintu dan melihat Allen tengah menerima ciuman dari Naib Ketua Pelajar, Karin. Serta merta tingkah laku mereka terhenti. Allen bangun dan melihat Merlisa melepaskan senyuman terakhirnya, “ Maafkan saya,” Airmata mengalir di pipi Merlisa dan Allen tergamam dengan perkataan tersebut. “ Lain kali ketuklah pintu tu,” Karin membetulkan kedudukannya sambil memegang lengan Allen. “ Tapi apa tujuan kau datang ke sini. Mencari siapa ? Allen ?,” Terdampar senyuman sinis di bibir Karin. “ Tak, tersalah pintu mungkin, saya minta diri dulu,” Merlisa membawa diri sambil memberi senyuman kepada Allen. Allen cuba mengejar namun di halang oleh Karin. Allen memandang Karin dan melepaskan lengannya di pegang oleh Karin.

“ Sekejap Mel, Allen boleh jelaskan. Itu …,” Allen cuba mencapai tangan Merlisa. Merlisa terus terhenti dan lap airmatanya, “ Jadi Gossip selama nie betul lah. Gossip Allen dengan Dia,”. Allen terhenti dan cuba untuk menjelaskan, namun… “ Tapi , tak apa. Lagipun Merlisa tadi nk bagitahu Allen berita gembira ataupun ianya buruk dan Merlisa pun tidak tahu berita ini berita macamna,” Merlisa terus pusing memandang Allen yang menunggu kata-katanya. “ Merlisa di tawarkan untuk sambung belajar di Sekolah Sukan hujung ta hun dan Mel ingin kongsi berita gembira ini dengan Allen. Iye memang akui tak semua tahu hubungan Kita sebenar-benarnya tapi ,” Merlisa mendamparkan senyumannya. “ Tak, jangan cakap pape, Mel,” Allen cuba hentikan percakapan Merlisa namun kereta api berlalu ketika Merlisa sedang melafazkan kata-katanya. Merlisa terus membawa diri dan Allen terpaku dan terus meraung kerana menipu Merlisa tentang hubungan dia dan Karin hanyalah gossip.

………………..*******………………….

Pintu terdamparnya Papan Nama ‘ Persatuan Pelajar Sekolah Menengah Tinggi’

“ Amboi termenung jauh ke,” Tommy menegur Allen yang sedang melihat pemandangan di luar tingkap. Allen tidak menyedari tingkah lakunya di perhati oleh tommy setelah tommy memasuki bilik tersebut. “Aku.. rindukan dia?,” Allen terus memanaskan punggungnya sambil memerhati gelang di tangannya. “ Siapa? Karin? Bekas kekasih hati kau ?,” tommy cuba mengusik sedangkan dia tahu siapa yang dimaksudkannya setelah memandang gelang yang di pegang oleh Allen. “ Kalau Tuhan kata itu jodoh kau , dia lari macamna pun kau juga akn berada di depan matanya,” Tommy menyambung sambil berkias sehingga Allen meletak kepalanya di meja. “ Serius, aku rindu dia,” serta merta kedengaran suara yang cukup di kenali. ZZZZzzzzzz….. “ Ceyhhh tidur tak cukup ke or malas nak dengar aku berkias lagi,” Tommy mengomel seorang-orang. “ Dia bukan malas tapi dia berjaga siang malam sebab mengintip,” Noah membalas membuatkan tommy terkejut. “ Nasib jantung aku kuat lagi,” Tommy mengusap2 dadanya.

Rehat pertama berbunyi

“ Erina, maaf tommy baru je selesai kerja kat Bilik Persatuan tadi,” Tommy berlari apabila melihat Erina menantinya di tempat biasa mereka berjumpa. Namun melihat Erina tidak keseorangan , dia melepaskan nafas lega kerana Merlisa memang setia di sisi Erina. “ Haii , Lisa” Tommy cuba menegur Merlisa yang memandangnya secara serius. Merlisa terus mengangguk dan mengambil headset mendengar lagu. ‘ Sejak hari dia pindah ke sekolah sehingga ke hari ini dia masih dingin dan tidak pernah melihat dia tersenyum seperti Merlisa yang dulu’ Tommy berkhayal seketika namun di tegur oleh Erina. “ tommy,” Erina memnaggil tommy dan tommy tersedar seketika , “ Iye erin. Luka hari tu dah sembuh ke?,” Tommy cuba untuk membuang kenangan yang dah dua tahun berlalu. Erina membalas dengan senyuman sambil menunjuk lukanya yang tidak serius “ Terima kasih pada ubat sapuan kirim yang tommy kirimkan pada Allen,”. Perbualan mereka tidak di dengari oleh Merlisa yang sedang menikmati pemandangan Langit terbentang luas di permukaannya sambil menikmati lagu ‘Daisy’. Seketika itu dia terlelap. “ Allen ada cakap dia terserempak Mel kat shoppingmall time beli barang,” Erina sambung lagi perbualan mereka seketi ka. “ Ohhh, padanlah Allen meroyan tadi kat Bilik,” Tommy terus mengangguk menandakan dia sudah faham situasi yang berlaku. “ Merlisa masih tak thu Allen ada di sekolah nie kan ,” Tommy cuba mendengar jawapan dari mulut erina kerana Merlisa baru di pindah ke sekolah tersebut Pada pertengahan tahun ini. Erina mengeleng kepala menandakan merlisa masih tidak mengetahui, “ lagipun kalau dia tahu bukan ke menambahkan lagi situasi buruk pada mereka berdua ke,” Erina cuba mengagak dan berharap situasi tersebut tidak berlaku sambil mengalih pandangannya ke Merlisa yang sedang nyenyak baring melihat awan. “ Ohhh!, itu Allen?,” Erina terus mencpai tangan tommy saat tommy sedang mengeliat. Tommy serta merta melihat ke tempat yang di tunjuk oleh Erina, “ ehhh,”

Sebelum penemuan mereka melihat Allen berada di situ.

Kaki menaiki tangga satu persatu sehingga lah terlihatnya cahaya menerangi matanya dan memaksa dia mengecilkan mata sketika. Saat dia menjejak kaki ke luar pemandangan tersebut , terdampar tubuh badan yang cukup dia kenali serta rambut yang di ikat seperti Ekor kuda yang cukup menjadi tarikan buat Allen. Dia cuba mendekati dan dia di perhati oleh dua merpati sejoli yang cuba menghalang namun tindakan mereka terhenti seketika apabila mereka melihat tingkah laku Allen menunduk menghalang cahay matahari terkena Merlisa. Merlisa yang sedang nyenyak menarik nafas bila terbau haruman yang wangi menyusuk hidung smbil terdamparnya senyuman di bibirnya seketika dan dia tidak menyedari keadaan yang berlaku.

20 Minit berlalu , Merlisa tersedar dari lenanya serta merta membuka mata dan bangun apabila terasa dia sudah cukup terlena di situ. Erina bangun dan mendapatkan Merlisa setelah Allen meninggalkan Merlisa keseorangan dan pergi bersama-sama tommy untuk masuk ke kelas. “ Lenanya lisa tidur,” Erina menghulur tangan untuk membantu Merlisa bangun. “ Tahu tak apa, Mungkin semalam Lisa terganggu,” Merlisa menyambut baik tangan Erina. Serta merta dia terkejut bila menyedari sehelai baju terjatuh dari pehanya ketika dia sedang lena. “Ohhh,” Dia mencapai baju tersebut dan memeriksa baju tersebut. “Siapa punya nie ye?,” Merlisa cuba mendapatkan jawapan dari Erina. Erina mampu mengemam bibir dan akhirnya dia menjwab “ Ohh tdi ada Ketua Pelajar datang sekali lepak dengan kita , dia perasan Lisa mengigil kesejukan sebab angina jadi dia bagi pinjam baju tu pada Lisa,”. “ Ohhh,” Merlisa memegang baju tersebut dan terus membawa diri bersama-sama Erina menuju ke kelas.

Kelas 2-1

Telah masuk waktu sesi petang, Aktiviti Sukan akan bermula. “ Jangan lupa time prep pastikan kelengkapan semua berada di tangan masing-masing,” Cikgu menjerit supaya tiada lagi berlaku kehilangan. “Ohhh, bukan itu Tommy ke ,” Kedengaran suara pelajar-pelajar perempuan menjerit-jerit bila terlihat seorang lagi Pelajar berjalan di sisi Tommy. Namun tindakan mereka tidak menarikkan perhatian Merlisa saat merlisa sedang cuba memanaskan badan untuk permainan akan bermula sekejap je lagi. Erina pula melambai tangan apabila melihat tommy sedang memandangnya. Tommy membalas dengan senyuman. Allen hanya mampu menjeling dan terkedu melihat Merlisa bersama-sama dengan Erina di Stadium Sukan tersebut. “ Lisa , masa memanaskan badan dah selesai, minta tolong amk kan kelengkapan peralatan sukan di Bilik Sukan,” kata Cikgu Gary. Merlisa mengangguk menandakan dia faham dan setuju. Seketika itu , Allen menepuk bahu tommy untuk gerak dahulu . Jeritan pelajar-pelajar perempuan terus kedengaran bila melihat Atlet dan Ketua Persatuan Pelajar berlari meninggalkan tommy yang sedang terpaku dan mengaru kepala sendiri.

Bilik Sukan

Merlisa mencari dan membawa alat-alat sukan yang diperlukan ke Stadium. Ketika cuba membawa, tanpa di sedari peralatan tersebut terlanggar sudut rak barang dan barang di rak tersebut yang terletak di aras tinggi terjatuh dari tingkatnya. Merlisa cuba bergerak tapi pergerakannya terbatas kerana di sisi kiri kanannya di kelilingi dengan Pagar Lompat yang sukar untuk dia bergerak. Dia memejam mata , “ Aduh,” Kedengaran suara yang cukup dia kenali dan bau yang ckup dia rindukan. Merlisa membuka mata dan melihat tubuh badan di depan nya, dia cuba melihat ke muka gerangan tersebut, Merlisa tidak dapat melihat dengan jelas kerana Cahaya dari luar memasuki bilik tersebut membuatkan muka yang terselindung tersebut mendamparkan senyuman, “ Baguslah awak tak apa-apa,” Suara itu cukup-cukup dia kenali. Tubuh milik seorang lelaki yang cukup dia kenali. Allen bangun dan mengalih barang yang berada di sekeliling untuk memudahkan Merlisa bergerak. “ Boleh bangun tak,” Allen cuba menghulur tangan kepad Merlisa. Merlisa sert merta memukul tangan tersebut dan membawa diri ke luar dari Bilik sukan tersebut bersama-sama dengan Alat sukan. Allen hanya mampu tersenyum dan melihat Merlisa pergi.

‘Kenapa? Kenapa mesti dia berada di sini?,’ Merlisa mula terasa geram setelah melihat jejaka tersebut adalah Allen. Bekas Pujaan Hati dia di Sekolah Menengah rendah A.

Sukan pun bermula. Melihat Merlisa bermain badminton dengan kesungguhannya. Erina memberi sokongan untuk merlisa. Di sudut penonton, kelihatan Allen meletak punggungnya di sebelah Tommy. “ Pergi mana?,” Tommy cuba melihat Allen. Namun Tommy terkedu melihat balutan di tangannya. “ Ehh kau dah kenapa ?,” Cuba memeriksa Allen. “ Aku tak apa2 lah, kemalangan tak di sengajakan dan aku adalah penyelamat dia,” Allen masih melepaskan senyuman sedang bahunya mengalami kecederaan yang serius dan hanya meletakkan kirim sapuan bengkak sahaja untuk elak ianya makin teruk. Tommy melihat Merlisa sedang semangat bermain badminton dan memandang Allen semula, ‘ Begitu sekali kau cuba untuk amik hati dia Allen,’ .

Tamat Waktu Sekolah telah berakhir. Merlisa masih di Stadium Sukan sambil termenung jauh. Pemikirannya terlintas kejadian petang tadi. ‘ “ Aduh,” Kedengaran suara yang cukup dia kenali dan bau yang ckup dia rindukan. Merlisa membuka mata dan melihat tubuh badan di depan nya,’ . Terbayang wajah Allen cuba membantunya bangun, dia serta merta memeluk lututnya dan mengetap gigi menandakan dia masih tak boleh terima. Erina duduk sebelah merlisa sambil menghulur beg dan minuman kepada Merlisa. “ Apa yang berlaku kat gelanggang tadi?,” Kata Erina cuba mendapatkan kepastian Merlisa. Merlisa menyambut baik botol mineral dan meneguk air tersbut. “ Erina mmg tahu dia berada di sini kan?,” kata Merlisa sambil merenung ke depan bagaikan menembus pentas di depannya. “ Lisa maksudkan siapa?,” kata Erina cuba mendapatkan lagi jawapan. Merlisa bangun dan mencapai begnya terus menuju ke pintu. “ Lisa?,” Erina turut bangun dan mengejar Merlisa yang dah berjauhan darinya.

Malam telah tiba. Kedengaran suara laungan anjing dan kucing berbalas. Merlisa termenung jauh dan melihat bintang. Terlintas di pemikirannya ‘ “ Apa beza bintang dan Mel?,” kata Allen sambil melihat Merlisa termenung melihat bintang di koridor tingkap biliknya. “ ermmmm, mungkin bintang memiliki cahaya yang terang tapi Merlisa berada dengan Allen membuatkan Allen rasa penuh bercahaya?,” balas Merlisa sambil memerhati Allen yang hanya berjiran sebelah dengannya. Allen ketawa dan memberi jawapan yang betul, “ Bezanya , Allen tak perlu amik bintang yang jauh sedangkan yang berada dengan Allen adalah bintang yang dekat,” . Mendengar kata-kata Allen membuatkan Merlisa tersenyum manis. “ Jom lah tidur , esok lambat lgi ke sekolah,” kata Allen sambil mengajak Merlisa untuk tidur bersama even dinding rumah mereka ada halangan mereka bersama namum mereka masih menatap dinding sesame sendiri. Merlisa mngiring ke kirinya manakala Allen mengiring ke Kanannya dan mereka sambil-sambil mengusap dinding yang memisahkan mereka seperti mengusap muka sesame sendiri.’ Mengenang kembali kenangan tersebut membuat Allen masih melakukan tabiat yang sama even jirannya bukan lagi merlisa. Merlisa pulak melihat bintang hanya membuat dia terus menangis. ‘ Adakah itu kenangan manis mahupun pahit?,’ hati mereka mula berbicara sesame sendiri.

Ep 1
Author Image

Kakemama
Assalamualaikum, saya masih baru dalam bidang penulisan. Hobi saya sekian usia saya di zaman sekolah menengah lagi untuk menulis sebuah cerita hanya untuk hiburan hati. Ini hasil cerita saya sendiri , sumber ilham dari sebuah cerita anime. Ye, saya merupakan peminat manga/komik dari animasi Jepun dan juga peminat Anime. Novel yang ringkas ini karya saya yang entah keberapa tapi karya pertama saya memasuki ke dalam website ini. Jadi, tiada kena mengena dengan perasaan dan hati pembaca yang lain. Cuma ini kisah remaja sekolah dan saya tidak mengambil mana-mana pengalaman cerita hidup sesiapa.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas